fbpx

Selangor terus catat kes baharu Covid-19 tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 semalam merekodkan pertambahan kepada 2,425 kes berbanding 1,807 kes kelmarin dengan lapan daripadanya merupakan kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,509,731 kes.

Berdasarkan laman web CovidNow, Selangor terus mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu sebanyak 1,055 kes diikuti Kuala Lumpur (515), Pulau Pinang (148), Sabah (125), Perak (113) dan Negeri Sembilan (87).

Turut menyumbang kepada pertambahan kes semalam adalah Sarawak (64), Johor (59), Melaka (57), Kedah (54), Pahang (33), Kelantan (27), Terengganu (17), Perlis (enam) dan Labuan (satu).

Dalam pada itu, negara turut mencatatkan 1,550 kes sembuh yang menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada COvid-19 sebanyak 4,484,284 kes.

Menurut data yang dikongsikan web tersebut, sebanyak lima kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,741 kes serta satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) dengan jumlah kes BID kini menjadi 7,580 kes.

Sebanyak 27,026 kes aktif dilaporkan melibatkan 25,972 kes dikuarantin di rumah, empat kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,020 kes di hospital, 14 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 16 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI