fbpx

Robert Pattinson lelaki paling menarik di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROBERT Pattinson. - LadBible

LONDON – Satu analisis sains membuktikan bahawa Robert Pattinson merupakan lelaki paling menarik di dunia, lapor laman berita LadBible.

Selepas melakonkan watak Cedric Diggory menerusi filem Harry Potter and the Goblet of Fire, Pattinson menarik perhatian dunia apabila membintangi siri filem Twilight sebagai Edward Cullen.

Terbaharu, aktor kelahiran London itu kembali ke layar perak menerusi filem The Batman.

Pattinson telah diberi gelaran sebagai lelaki paling tampan di dunia pada tahun 2020 dan sejak itu, dia belum pernah disingkirkan dari kedudukan teratas. 

Gelaran itu diberikan selepas sebuah algoritma yang menyusun ciri-ciri wajah yang berbeza telah menganalisis selebriti-selebriti Hollywood termasuk Ryan Gosling, Idris Elba, Brad Pitt dan Henry Cavill.

Skor yang dicatatkan oleh Pattinson adalah sebanyak 92.15 peratus. Dia berjaya menewaskan bintang-bintang lain termasuk Henry Cavill (91.64 peratus), Bradley Cooper (91.08 peratus), Brad Pitt (90.51 peratus) dan George Clooney (89.91 peratus).

Analisis itu dinilai menggunakan Nisbah Emas oleh Beauty Phi, satu kaedah pengiraan yang berasal dari era Renaissance Eropah. 

“Robert Pattinson ialah pemenang yang jelas apabila semua elemen wajahnya diukur memiliki kesempurnaan fizikal,” ulas pakar dari Pusat Pembedahan Kosmetik Muka, Dr. Julian De Silva.

Beliau menjelaskan bahawa Pattinson berada di kedudukan lima teratas untuk hampir semua kategori kerana ciri-ciri wajahnya berbentuk klasik dengan rahang yang tajam.

“Satu-satunya skor di bawah purata adalah untuk bibirnya yang sedikit nipis dan rata,” jelas De Silva. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI