fbpx
PENGAMBILAN garam melebihi 2.3 gram berisiko mendapat tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. –GAMBAR HIASAN

Risiko ambil garam lebih 2.3 gram sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NATRIUM yang juga disebut sebagai garam sering dijadikan bahan penyedap dalam makanan.

Ia kerap dikaitkan dengan tekanan darah tinggi hingga boleh meningkatkan risiko penyakit lain seperti jantung, strok dan buah pinggang.

Oleh itu, beberapa badan kesihatan dunia menetapkan had pengambilan garam harian oleh setiap orang.
Berdasarkan laporan Healthline, tubuh manusia hanya memerlukan 186 miligram (mg) natrium setiap hari agar boleh berfungsi dengan baik.

Namun, sangat sukar seseorang hanya mendapatkan garam dalam jumlah itu, kerana tubuh tetap harus mendapat keperluan tenaga dan nutrisi penting lain.

Dalam hal ini, beberapa badan kesihatan mengesyorkan, orang dewasa sihat mengambil garam kurang daripada 2,300 mg atau 2.3 gram iaitu setara dengan satu sudu teh.

Had itu ditetapkan berdasarkan bukti daripada kajian klinikal yang menunjukkan, pengambilan garam di atas jumlah itu memberi kesan buruk kepada tekanan darah, selain meningkatkan risiko penyakit jantung.

POPULAR