fbpx

Lee Min-ho kahwini gadis dari Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan ini tular apabila nama pengantin lelaki serupa dengan aktor popular Korea Selatan, Lee Min-ho. - Facebook

JAKARTA – Seorang lelaki kelahiran Korea Selatan bernama Lee Min-ho selamat melangsungkan pernikahan dengan kekasihnya yang berasal dari Indonesia, Puput Norman Desyta, lapor laman berita Suara.com.

Video perkahwinan Min-ho dan Puput menjadi tular di media sosial kerana nama pengantin lelaki itu sama seperti aktor popular Korea Selatan, Lee Min-ho.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di laman Facebook Irvan Julivansyah, Min-ho dipaparkan melafazkan akad nikah dalam bahasa Indonesia dengan sangat fasih.

Selain namanya yang serupa aktor popular, hantaran Min-ho buat Puput juga menarik perhatian apabila menghadiahkan satu unit apartmen, sebuah kereta jenama Hyundai dan berlian seberat 15 gram.

Majlis tersebut berlangsung di Desa Kalimanggis Subah dalam wilayah Jawa Tengah. – Age

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI