fbpx

Empat polis direman ambil upah bawa rokok, dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat anggota polis direman tujuh hari selepas dipercayai mengambil upah membawa masuk rokok, dadah dalam lokap.

MELAKA – Empat anggota polis direman selama tujuh hari selepas dipercayai menerima rasuah daripada tahanan lokap berjumlah RM12,000, tiga tahun lalu.

Perintah reman sehingga 28 Jun itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Mazana Sinin bagi membantu siasatan dilakukan Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Keempat-empat suspek yang direman berpangkat Koperal dan Lans Koperal berusia antara 35 hingga 40 tahun.

Difahamkan, kesemua individu terbabit ditahan kira-kira pukul 7.30 petang semalam di pejabat SPRM selepas dipercayai menerima suapan berjumlah keseluruhan RM12,000 di sebuah balai polis di daerah Alor Gajah.

Suapan itu bagi tujuan membawa masuk barangan terlarang iaitu rokok, dadah, makanan dan tembakau untuk kegunaan tahanan lokap.

Bayaran itu diterima menerusi 20 transaksi secara tunai atau pindahan dalam talian dengan setiap mereka menerima upah antara RM600 hingga RM9,000 sepanjang kesalahan dibuat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI