fbpx

Samirah, 2 remaja lepas, bebas bunuh CEO Cradle Fund

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Samirah Muzaffar dan dua remaja berusia 16 dan 19 tahun daripada tuduhan membunuh.

SHAH ALAM – Isteri Nazrin Hassan, Samirah Muzaffar dan dua remaja dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bekas Ketua Pegawai Eksekutif  (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd. itu empat tahun lalu.

Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan prima facie diakhir kes pendakwaan terhadap ketiga-ketiga tertuduh.

Dalam penghakimannya, Ab. Karim tiada bukti yang menunjukkan kebersamaan ketiga-tiga tetuduh bersama si mati seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan.

Sebelum ini pada 7 April lalu mahkamah telah selesai mendengar hujahan daripada kedua-dua belah pihak di akhir kes pendakwaan.

Sepanjang perbicaraan seramai 57 saksi pendakwaan dipanggil pada prosiding bicara peringkat pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, Samirah Muzaffar, 47, dan dua lagi remaja serta seorang lagi yang masih bebas warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari didakwa dengan niat bersama-sama melakukan pembunuhan yang menyebabkan kematian Nazrin, 45.

Kesalahan dilakukan di sebuah rumah di Mutiara Damansara, Petaling Jaya di sini pada 13 Jun hingga 14 Jun 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI