fbpx

Pengecualian sewa kantin KPM dilanjut enam bulan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video dimuat naik di Facebook rasmi Radzi hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan untuk melanjutkan pengecualian sewa bagi premis KPM termasuk kantin selama enam bulan lagi bermula 1 Julai ini hingga 31 Disember depan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, beliau yakin lanjutan selama enam bulan itu dapat membantu dan memberi manfaat kepada pengusaha kantin serta penyewa di premis KPM selain memberi manfaat kepada warga sekolah.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi ekonomi semasa serta memahami pengusaha kantin dan penyewa premis yang sedang dalam proses pemulihan daripada kesan pandemik Covid-19.

“Tempoh dua tahun yang lalu ada satu tempoh yang amat sukar bagi pengusaha kantin dan penyewa premis di sekolah KPM,” katanya menerusi hantaran video di Facebook hari ini.

Sebelum ini, KPM pernah melanjutkan pengecualian sewa premis KPM selama setahun pada 2021 dan tambahan enam bulan lagi sehingga Jun 2022.

Lanjutan pengecualian turut diberikan kepada sewaan premis atau ruang (kedai buku, koperasi, kedai dobi dan vending machine) di sekolah bawah KPM bagi tempoh yang sama.

Bagi tahun 2020 dan 2021, kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif bantuan kepada pengusaha kantin sekolah.

Antara inisiatif bantuan yang telah disalurkan adalah termasuk bantuan RM1,500 kepada pengusaha kantin sekolah bawah KPM pada tahun 2020. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI