fbpx

Penangguhan kutipan fi permit makanan ternakan bermula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan penangguhan kutipan fi permit ke atas empat komoditi makanan ternakan terdiri daripada jagung, soya, gandum dan komoditi proses berasaskan haiwan dan tumbuhan bagi tujuan penyediaan makanan ternakan bermula hari ini.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dalam satu kenyataan memaklumkan, pelaksanaan tersebut sebagai langkah keputusan kerajaan bagi memastikan sekuriti makanan dalam negara terjamin dengan memudah cara prosedur import ke atas empat komoditi makanan ternakan berkenaan.

Menurutnya, kutipan fi permit yang dikenakan sebelum ini ke atas komoditi jagung iaitu RM15 bagi setiap permohonan permit, gandum (RM15), soya (RM15) serta makanan ternakan lain berasaskan tumbuhan dan haiwan iaitu RM20 akan ditangguhkan.

“Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) juga akan melaksanakan proses kemasukan pantas di pintu-pintu masuk negara bagi komoditi tersebut dalam usaha melancarkan proses pengimportan dan sekali gus mengurangkan kos logistik yang terlibat dalam aktiviti pengimportan.

“Kos bahan mentah makanan ternakan yang tinggi dalam industri ternakan telah dikenal pasti sebagai salah satu faktor kenaikan harga bahan makanan seperti ayam bulat dipasaran tempatan,” katanya.

Jelasnya, ia kerana sebahagian besar komoditi bahan mentah bagi tujuan makanan ternakan iaitu soya, gandum, jagung dan makanan ternakan berasaskan haiwan diimport dari luar negara.

Justeru, katanya, penangguhan fi permit bagi pengimportan komoditi tersebut dapat membantu mengurangkan kos logistik dalam usaha menstabilkan harga makanan ternakan dalam negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI