fbpx

Pemandu lori sampah mengaku rogol kekasih OKU dijel 5 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengiringi Shahrul Azwan (kanan) yang menghadapi pertuduhan rogol seorang remaja OKU di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Seorang pemandu lori sampah dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan merogol kekasihnya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) masalah pembelajaran kira-kira tiga minggu lalu.

Tertuduh, Shahrul Azwan Mohd. Shahiran, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol remaja perempuan yang ketika kejadian berusia 15 tahun tiga bulan di sebuah rumah di Bunut Payong di sini kira-kira pukul 2 pagi pada 2 Jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebat jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalna Zainal Abidin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Abu Arsalna memohon satu hukuman yang setimpal kerana tertuduh melakukan kesalahan yang melibatkan kanak-kanak bawah umur.

Shahrul Azwan dalam rayuannya memohon mahkamah menetapkan hukuman yang ringan atas kesalahan yang telah dilakukannya.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan atas pertuduhan yang dihadapi Shahrul Azwan.

Mengikut fakta kes, mangsa keluar bersama tertuduh sebelum dihantar pulang oleh seorang wanita yang tidak dikenali kira-kira pukul 7.10 malam pada 11 Jun lalu.

Remaja itu memaklumkan kepada ibunya bahawa dia ditinggalkan oleh tertuduh di sebuah lorong di Paya Senang di sini.

Soal siasat polis mendapati, mangsa mengaku telah melakukan hubungan seks dengan Shahrul Azwan pada 2 Jun lalu.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, seorang remaja perempuan OKU kategori masalah pembelajaran dipercayai dirogol selepas keluar bersiar-siar menaiki motosikal dengan suspek.

Semakan mendapati, suspek yang masih bujang mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkait kes jenayah dan dadah selain positif dadah jenis methamphetamine. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI