fbpx

Kekang pelacuran, jangan jadi lubuk seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
NOR AZIHAN MD GHAZALI, WARTAWAN EKSEKUTIF

Kegiatan pelacuran dalam kalangan wanita warga asing tidak ada penghujungnya selagi mana adanya permintaan dan tawaran di antara pelanggan dan juga pihak yang menawarkan ­khidmat seks.

Isu ini bukan baharu sebalik­nya sudah lama, namun kegiatan itu sentiasa bertukar modus operandi (MO) bagi mengelak d­aripada dihidu pihak berkuasa.

Sindiket sentiasa bergerak aktif melakukan promosi seiring dengan zaman teknologi. Mereka sangat bijak dan licik!

Ramai beranggapan kegiatan pelacuran seakan terhenti ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun anggapan itu nyata meleset sama sekali.

Kegiatan itu sebenarnya ‘rancak’ di sana sini, bezanya lokasi kegiatan dan MO yang kerap bertukar bagi mengelak ia terbongkar dan dihidu pihak berkuasa.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, aktiviti maksiat dikesan kembali ke jalanan selepas kerajaan melonggarkan sekatan pergerakan dibawah PKP fasa 4 bagi membolehkan kegiatan ekonomi kembali pulih.

“Sindiket atau pelacur dikesan menggunakan medium media sosial bagi mengiklankan perkhidmatan yang ditawarkan.

“Mereka juga masih me­nyasarkan lokasi seperti premis hiburan, rumah urut, rumah tumpangan atau hotel, tempat awam serta premis lain bagi me­lampiaskan nafsu seks,” katanya.

Jelas beliau, bagi menangani isu pelacuran yang kembali aktif, D7 sentiasa memantau ke­giatan berkenaan melalui pelbagai kaedah.

“Kita sentiasa memantau laman sesawang internet dan be­kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyekat kegiatan persundalan itu. Kita tak pernah duduk diam,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pe­ngarah Jabatan Imigresen (JIM), Datuk Khairul Dzaimee Daud menjelaskan, Malaysia sentiasa menjadi negara pilihan untuk kegiatan pelacuran ekoran pihak yang menawarkan mampu memperoleh bayaran lumayan.

“GRO warganegara China mendapat permintaan yang tinggi berbanding dari Thailand, Indonesia, Vietnam serta Filipina. Perkara ini ekoran faktor bahasa dan juga persekitaran pelanggan negara ini.

“Mereka mampu mendapat tip antara RM300 hingga RM500 untuk satu malam, bahkan mampu memperoleh habuan yang lumayan RM12,000 hingga RM15,000 sebulan.

“Namun, bayaran ini bergantung kepada paras rupa, usia dan juga cara layanan mereka sama ada manja, gedik dan sebagai­nya,” ujarnya.

Secara kesimpulannya, kerajaan perlulah melakukan sesuatu agar negara ini tidak dilabel sebagai ‘lubuk seks’ oleh negara-negara lain seantero dunia kerana ia melibatkan soal maruah negara.

Memang diakui pihak berkuasa sudah melakukan pelbagai langkah pencegahan, namun ia masih belum cukup untuk membasmi kegiatan itu kerana didakwa mempunyai kaitan de­ngan ketirisan dan rasuah dalam kalangan agensi penguat kuasa.

Namun, harus diingat bahawa ia melibatkan isu maruah dan juga nama baik negara di mata dunia, kita tidak mahu negara kita dikenali dengan kegiatan tidak bermoral ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI