fbpx

Klinik Nur Sejahtera tawar khidmat kauseling, pemeriksaan kesihatan lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina (hadapan, empat dari kiri) bersama sebahagian sebahagian lelaki yang merai sambutan Hari Bapa peringkat kebangsaan di pekarangan KNS Dungun hari ini.

DUNGUN – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bercadang untuk memperluaskan perkhidmatan Kesejahteraan dan Psikososial khusus untuk golongan lelaki di Klinik Nur Sejahtera (KNS) ke seluruh negara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, perkhidmatan tersebut dianggap satu keperluan bagi mengukuhkan lagi nilai kekeluargaan di negara ini.

Beliau berkata, berdasarkan statistik, seramai 22,156 klien lelaki telah menghadiri sesi kaunseling secara individu dan kelompok dengan LPPKN sejak tahun 2019 terutama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kebanyakan masalah diadukan ialah melibatkan masalah dengan pasangan sebanyak 33 peratus, kewangan (20 peratus) dan keluarga (17 peratus).

“Sehubungan itu, kita melihat perkhidmatan kesejahteraan dan psikososial kaum lelaki yang sebelum ini hanya terdapat di ibu negara sebagai keperluan semasa,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Bapa peringkat kebangsaan di KNS Dungun di sini hari ini.

Rina berkata, perkhidmatan tersebut bukan sahaja menawarkan sesi kaunseling keluarga malah pemeriksaan kesihatan berkaitan lelaki seperti kanser prostat.

Tambah beliau, buat permulaan, ia turut ditawarkan di KNS Dungun sebelum diperluas ke 47 cawangan di seluruh negara secara berperingkat berdasarkan sambutan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI