fbpx

Saluran paip gas bawah tanah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadamkan kebakaran saluran paip gas asli bawah tanah sebuah kilang pengeluar rokok yang terbakar dalam kejadian di Seremban 2, Seremban malam tadi.- FOTO: IHSAN BOMBA.

SEREMBAN – Satu saluran paip gas asli bawah tanah sebuah kilang rokok di sini terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 malam tadi.

Ketua Balai Bomba Seremban 2, Mohd. Kamal Mohd. Timar berkata, pihaknya mendapat panggilan kejadian kira-kira pukul 11.41 malam dan tiba di lokasi seminit kemudian.

“Setibanya di lokasi kejadian, kami mendapati saluran gas yang merupakan gas asli bawah tanah kilang pengeluar rokok, Philip Morris terbakar.

“Pihak bomba mengambil masa lebih kurang dua jam iaitu sehingga pukul 2.40 pagi untuk memadamkan kebakaran berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau lagi, kawasan kilang berkenaan turut melibatkan sebuah pusat pameran kereta dan substesen Tenaga Nasional Bhd. (TNB).

“Pihak bomba masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca saluran paip gas itu terbakar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI