fbpx

Jovian nafi pelantikan sebagai Naib Pengerusi Eksekutif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jovian

PETALING JAYA – Pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie menafikan pelantikan beliau sebagai Naib Pengerusi Eksekutif di sebuah syarikat pengeluar pakaian.

Ia susulan pengumuman syarikat itu di Bursa Malaysia pada 14 Jun lalu.

Beliau menerusi kenyataan berkata, pelantikannya sebagai Naib Pengerusi Eksekutif untuk syarikat terbabit adalah salah, tidak benar dan mengelirukan orang ramai.

“Saya ada menghadiri mesyuarat bersama wakil daripada syarikat tersebut pada 13 Jun lalu bagi membincangkan potensi kolaborasi bersama syarikat terbabit.

“Wakil syarikat terbabit juga ada menawarkan jawatan dalam lembaga pengarah sebagai Naib Pengerusi Eksekutif yang bertujuan merombak dan/atau mengembangkan bahagian pakaian namun tiada persetujuan mulut telah dicapai,” katanya.

Tambah kenyataan itu, beliau juga tidak bersetuju dengan pelantikan sebagai Naib Pengerusi Eksekutif dan menekankan bahawa tiada sebarang perjanjian menunjukkan beliau menerima pelantikan tersebut.

“Oleh itu, saya ingin menyatakan bahawa pengumuman berhubung pelantikan terbabit adalah salah, tidak benar dan mengelirukan orang ramai.

“Pengumuman tidak tepat yang dibuat ke atas pelantikan tersebut telah mencemarkan reputasi korporat, perniagaan dan reputasi peribadi saya,” jelasnya.

Katanya, beliau akan mendapatkan nasihat undang-undang berhubung perkara itu bagi membolehkan tindakan sewajarnya dapat dilakukan termasuk melaporkan kesalahan kepada pihak berkuasa seperti Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI