fbpx
ISLAM memberikan persekitaran yang mesra dan selesa kepada perkembangan seseorang kanak-kanak. – GAMBAR HIASAN

Jangan halau kanak-kanak daripada saf solat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ADA sesetengah masjid tidak mesra kanak-kanak dan meletakkan mereka di saf belakang setiap kali solat berjemaah. Apa pandangan Datuk dalam hal ini, adakah ia selaras dengan tuntutan Islam?

Jawapan:
Islam memberikan persekitaran yang mesra dan selesa kepada perkembangan seseorang anak. Islam tidak pernah melayan kanak-kanak dengan layanan yang hina seperti dilakukan oleh segelintir orang masjid. Islam tidak pernah menjadikan anak kecil penghalang antara seorang dengan Allah. Kata Abu Qatadah Al-Ansari:

“Rasulullah SAW pernah solat sambil mendukung Umamah binti Zainab binti Rasulillah. Apabila baginda mahu sujud baginda meletakkannya. Apabila bangun baginda mendukungnya kembali.” (Riwayat Al-Bukhari)

Demikianlah kemesraan agama dengan kehidupan kanak-kanak. Kemesraan seperti ini tidak kelihatan dalam kejumudan fikiran sesetengah orang yang enggan melihat agamanya dari jendela sunnah Nabi SAW tetapi lebih selesa dengan ikutan golongan yang keras dan mengandaikan agama menurut perasaan mereka yang hambar.

Dalam hadis sahih riwayat Abu Ya’la, Ibn Abi Syaibah, Ahmad dan Al-Nasai, Rasulullah SAW pernah sujud begitu panjang dalam satu solat disebabkan cucu baginda Al-Hasan atau Al-Husain menaiki tengkuk baginda ketika sedang sujud. Sahabat kehairanan dan bertanya sebabnya. Baginda menjawab: “Sesungguhnya anakku (cucuku) telah menjadikan aku tunggangannya. Aku tidak suka mengganggunya sehingga dia tunai hajatnya.”

Suasana yang mesra ini telah melahirkan generasi muda yang mewarisi generasi tua yang sentiasa merasakan tiada dinding penghalang antara mereka dan agama ini. Sejak dari kecil mereka diraikan. Sabda Nabi SAW.

“Aku mendirikan solat (sebagai imam) dan aku berhasrat ingin memanjangkannya. Tiba-tiba aku mendengar tangisan bayi, maka aku segerakan solatku kerana aku tidak suka bebankan ibunya.” (Riwayat al-Bukhari).

Dukacita jika berlaku kanak-kanak yang sudah pun boleh bersolat dihalau ke belakang oleh orang tua yang ‘berlagak pandai’. Kemudian selepas itu memarahi anak-anak di masjid kerana tidak serius dalam solat. Apa tidaknya, mereka bersama saf dengan kanak-kanak yang lain. Tentu kenakalan itu kadangkala muncul. Jika mereka duduk di samping bapa mereka, tentu dapat dididik adab solat berjemaah.

Kata Al-Imam Ibn Hajar Al-Haitami (meninggal 974H) dalam fatwanya:
(Kanak-kanak jika mereka telah mendahului orang-orang yang baligh ke saf yang awal, maka tidak boleh mengeluarkan mereka dari saf) [Fatawa al-Fiqh al-Kubra, 1/299. Beirut: al-Maktabah al-Islamiyyah]

Untuk menghalalkan perbuatan tidak mesra kanak-kanak itu dipilihlah pendapat yang menyatakan kanak-kanak belum berkhatan itu najis. Satu saf akan batal sebab bawah kulit kanak-kanak itu ada najis. Saya selalu bertanya:

“Apakah bawah kulit orang tua dan dalam perut orang tua tiada najis?” Jangan memilih pendapat-pendapat fiqah yang menyusahkan dan menghilangkan semangat dakwah Islam sedangkan kita mempunyai banyak pilihan pendapat lebih munasabah.

Bahkan, perbuatan orang tua menghalau kanak-kanak dari saf dan mengambil tempat mereka telah menyanggahi adab Islam yang diajar oleh Rasulullah.

“Jangan seseorang membangunkan orang lain dari tempatnya, kemudian dia duduk di situ.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ketika Ibn ‘Abbas masih kanak-kanak, beliau bercerita:“Rasulullah bangun bersolat malam dan aku turut serta bersamanya. Aku berdiri di sebelah kiri baginda. Baginda memegang kepalaku lalu menjadikan aku berada di sebelah kanan baginda (Riwayat al-Bukhari)

Kata Anas bin Malik: “Rasulullah berdiri untuk solat. Aku bersaf dengan seorang budak yatim di belakang baginda. Sementara wanita tua berada di belakang kami”. (Riwayat Al-Bukhari).

Seorang ulama fiqah ternama, Al-Syeikh Muhammad Salih Ibn Uthaimin r.h. telah membantah dakwaan golongan yang menyuruh saf kanak-kanak ditolak ke saf belakang untuk memberi ruang kepada orang dewasa. Beliau juga menjelaskan, maksud sebuah hadis Muslim yang meminta ‘Ulul al-Ahlam wa al-Nuha’ di belakang imam.

Kesimpulan antara yang dijelaskan oleh beliau ialah hadis tersebut meminta orang lebih dewasa itu lebih awal datang bukan mengeluarkan kanak-kanak dari saf yang lebih depan jika mereka terlebih dahulu sampai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN