fbpx

Rujuk isu berkaitan perkhidmatan penerbangan dengan Mavcom – KPDNHEP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjelaskan bahawa apa-apa isu pertikaian berkaitan perkhidmatan mana-mana syarikat penerbangan adalah diluar bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna.

Justeru, pengguna yang berdepan isu berkenaan harga, perkhidmatan, pertukaran jadual dan pembatalan penerbangan perlu merujuk masalah berkenaan kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

KPDNHEP menerusi kenyataan berkata, perkara itu sudah dikuatkuasakan pada 1 Mac 2016 melalui Akta Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2015, Akta A1498, seksyen 99(1)(c) yang telah dipinda dengan memasukkan seksyen 99(1)(ca).

“Menerusi akta itu, apa-apa isu pertikaian berkaitan dengan perkhidmatan mana-mana syarikat penerbangan hendaklah dirujuk kepada Mavcom,” katanya hari ini.

Katanya, pihaknya turut mengingatkan pengguna supaya menyimpan dan merakam semua transaksi bila berhubung dengan syarikat penerbangan berkenaan dan membuat aduan terus kepada Mavcom.

Jelasnya lagi, aduan boleh dibuat melalui pautan https://flysmart.my/en/make-a-complaint/ atau emel [email protected].

Bagaimanapun, KPDNHEP berkata, segala aduan yang Kementerian terima selama ini telah dimajukan kepada Mavcom untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI