fbpx

2,320 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 semalam mencatatkan sedikit peningkatan kepada 2,320 kes berbanding 1,919 kes kelmarin dengan empat kes import dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,495,445 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 1,390 kes sembuh direkodkan semalam dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,473,021 kes.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (829), Kuala Lumpur (668), Perak (118), Pulau Pinang (145), Negeri Sembilan (105) dan Putrajaya (50).

“Ia diikuti oleh Melaka (64), Johor (56), Sabah (98), Sarawak (62), Kedah (64),Pahang (26), Kelantan (13), Perlis (sembilan), Terengganu (10) dan Labuan (tiga),” demikian maklumat tersebut hari ini.

Dalam masa sama, sebanyak lima kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,725 kes serta satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) dengan jumlah kes BID kini menjadi 7,576 kes.

Sebanyak 22,886 kes aktif dilaporkan melibatkan 22,840 kes dikuarantin di rumah, 18 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 990 kes di hospital, 16 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 22 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI