fbpx

Lebih 100,000 jemaah haji tiba di Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JEMAAH haji tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah pada 5 Jun lalu. - AFP

RIYADH – Lebih 100,000 jemaah dari seluruh pelosok dunia telah tiba di Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji pada musim ini, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Setakat kelmarin, seramai 99,884 jemaah dilaporkan tiba di negara itu. 

Menurut laporan yang diterbitkan oleh agensi di bawah Kementerian Haji dan Umrah bagi Hal Ehwal Lawatan di Madinah, bilangan jemaah yang tiba di Arab Saudi kelmarin mencecah 17,132 orang.

Menurut agensi tersebut, ia bekerja keras untuk menyediakan pakej perkhidmatan kepada jemaah haji dan pengunjung Masjid Nabawi. 

Ia juga telah menjalankan 189 lawatan pemeriksaan untuk menilai taraf dan kualiti penginapan jemaah. Agensi itu turut mengendalikan 285 kes perpindahan penginapan di samping 37 kes meninggalkan penginapan.

Bilangan jemaah yang sesat dan dibantu pulang ke penginapan mereka pula mencecah 21 orang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI