fbpx

Rakyat Amerika Syarikat gesa perketat undang-undang senjata api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENUNJUK perasaan menyertai protes March for Our Lives di Los Angeles, California kelmarin. – AFP

WASHINGTON – Berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan berhimpun di seluruh Amerika Syarikat (AS) bagi menggesa undang-undang senjata api diperketatkan susulan dua insiden tembakan rambang yang berlaku baru-baru ini, lapor Badan Penyiaran British (BBC) semalam. 

Penduduk yang mengambil bahagian dalam perarakan turut membawa sepanduk dengan slogan seperti ‘Saya mahu bebas daripada terkena tembakan’.

Presiden Joe Biden dilaporkan turut menyokong tunjuk perasaan tersebut sambil menyeru Kongres untuk meluluskan undang-undang keselamatan senjata api yang munasabah.

Pada 24 Mei lalu, seramai 19 kanak-kanak dan dua orang dewasa terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah sekolah rendah di Uvalde, Texas.

Beberapa hari sebelumnya, 10 orang dilaporkan maut dalam serangan di Buffalo, New York. Serangan-serangan tersebut telah membawa kepada seruan baharu untuk tindakan kawalan senjata api di AS.

Kelmarin, kumpulan March For Our Lives (MFOL) berkata, kira-kira 450 perhimpunan diadakan di seluruh negara termasuk di Washington, New York, Los Angeles dan Chicago.

MFOL diasaskan oleh mangsa-mangsa yang terselamat dalam kejadian tembakan di sekolah Parkland, Florida pada 2018.

Kumpulan itu berkata, mereka tidak akan membiarkan ahli-ahli politik hanya ‘duduk memerhati’ ketika ramai rakyat terus terkorban. Mereka turut menganggap tiada tindakan yang diambil oleh pemimpin politik telah menyebabkan ramai rakyat negara itu terbunuh.

“Kami tidak lagi akan membenarkan anda (ahli politik) tidak mengambil tindakan ketika ramai orang terus mati,” kata ahli Lembaga Pengarah MFOL, Trevon Bosley dalam satu kenyataan.

MFOL menggesa larangan senjata serangan, pemeriksaan latar belakang menyeluruh bagi mereka yang cuba membeli senjata api dan sistem pelesenan kebangsaan yang akan mendaftarkan pemilik senjata api. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI