fbpx

Brad Pitt tuduh Angelina Jolie jahat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRAD Pitt dan bekas isterinya, Angelina Jolie.

PERGELUTAN antara Brad Pitt dengan bekas isterinya, Angelina Jolie masih berterusan walaupun kedua-dua mereka telah bercerai.

Pitt dalam satu kenyataannya menuduh Jolie dengan niat jahat telah menghancurkan perniagaan miliknya.

Ujar aktor berusia 58 tahun itu, Jolie telah menjual sebahagian saham kebun anggur milik mereka yang terletak di Perancis tanpa mendapatkan persetujuan daripadanya.

Kesannya, Pitt mengalami kerugian mencecah jutaan dolar hasil kebun anggur tersebut yang diusahakan untuk menjalankan perniagaan wain.

“Jolie nampaknya berusaha menyakiti hati Pitt dengan merosakkan perniagaan dan reputasinya,” ujar peguam yang mewakili pelakon itu.

Ujar peguam itu lagi, tindakan Jolie sudah jelas melanggar undang-undang sehingga memaksa Pitt membawa perkara tersebut ke Mahkamah Tinggi Los Angeles untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, pasangan itu membeli kebun anggur tersebut pada 2008 dengan harga AS$30 juta (RM132 juta).

Malah majlis perkahwinan mereka juga turut diadakan di sana pada 2014.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI