fbpx

Sofyank nak kahwin, video terbaharu ‘another level’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video terbaharu 'pre-wedding' Sofyank tular di media sosial sejak semalam.

PETALING JAYA – Tular rakaman video ‘pre-wedding’ seorang pencipta kandungan video, Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofyan Abdullah di media sosial sejak semalam.

Terdahulu, sofyank sering tampil dengan video kreatif yang memaparkan plot penceritaan, aksi dan sinematografi luar biasa sehingga hasil karyanya diterima orang ramai.

Rakaman video ‘pre-wedding’ berdurasi 2 minit 41 saat itu berjaya meraih perhatian orang ramai kerana plot penceritaan yang menarik.

Sementara itu, peminat Sofyank turut memuji kemahiran yang dimiliki Sofyank.

“Tak perlu upah juruvideo bagai. Sofyank boleh buat sendiri, dah jimat duit,” tulis peminat Sofyank.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengagumi klip video yang dihasilkan oleh pencipta kandungan itu.

“Ini baru teaser. Video kahwin nanti tak tahu pula macam mana. Tahniah,” ucap Radin Era.

“Cantik gila sinematografi video ini. Tahniah abang pian dan isteri,” komen seorang pengguna lagi.

“Salah satu pencipta filem terbaik di Malaysia. Hebat,” kata seorang pengguna lain. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI