fbpx

Peminat rindu, nak De Fam buat ‘comeback’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE FAM

SUATU ketika dahulu, nama kumpulan De Fam memang berada di kemuncak tetapi selepas salah seorang ahlinya, Cik Manggis berhijab, mereka sudah kurang aktif.

Semuanya bagi mencari haluan dan cara yang lebih sesuai dengan imej bertudung Cik Manggis. Iyalah, usia masing-masing pun sudah semakin meningkat, perlulah cari konsep yang lebih matang.

Namun, sejak akhir-akhir ini, De Fam dilihat semakin kerap muncul di acara hiburan dan media sosial. Memang semakin terujalah peminat kesayangan mereka.

Mungkin juga mereka akan melancarkan sebuah single baharu tetapi setakat ini tiada sebarang pengesahan.

“Rindunya nak lihat De Fam beraksi lincah dan muncul dengan lagu baharu, tolong kembali!” seru seorang peminatnya.

Sebelum Dolla dan beberapa kumpulan wanita lain muncul, De Fam antara kumpulan wanita yang berjaya berada dalam liganya sendiri.

Harap ada berita gembira daripada De Fam selepas ini!

DIVA: Apa cerita Azar Azmi yang dikatakan sedang berkurung dalam rumah? Harap semuanya baik-baik sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI