fbpx
KETAGIHAN judi online menerusi telefon bimbit menjadi satu lagi masalah serius yang perlu ditangani segera. – GAMBAR HIASAN

Kaki judi cepat panas baran, bertindak luar dugaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kesan ke­tagihan bermain judi online menerusi telefon bimbit terhadap kaki judi mampu membuatkan individu terbabit bertindak di luar jangkaan dan sanggup mela­kukan apa sahaja selain mudah marah serta cepat panas baran.

Pakar Psikologi, Prof. Dr. Fauziah Mohd. Saad berkata, ketagihan berjudi boleh menyebabkan fungsi atau bahan kimia dalam otak individu terbabit yang dikenali sebagai neurotransmitter tidak dapat berfungsi dengan sepatutnya seperti manusia yang menjalani kehidupan sihat.

“Berjudi online ini sama se­perti orang yang bermain permainan online di telefon bimbit. Pada peringkat awalnya mungkin tiada sebarang masalah, tapi sekiranya bermain lebih daripada tempoh enam jam lamanya, mungkin akan menimbulkan masalah.

“Orang berjudi walaupun ba­nyak kali kalah dan hilang wang pertaruhan, mereka tetap juga akan berjudi, maknanya ada sesuatu yang telah mengganggu pemikiran mereka,” katanya.

Dr. Fauziah memberitahu, paling merisaukan apabila kaki judi terbabit hilang kawalan dan sanggup melakukan apa sahaja untuk melepaskan ketagihan.

“Mereka ini akan mula meminjam wang daripada kawan-kawan sehingga ah long dan paling membimbangkan apabila sanggup mencuri serta memukul pasangan sendiri terutamanya apabila mereka kalah berjudi.

“Bagi kaki judi yang merasai perkara seperti ini, saya saranan supaya segera jumpa pakar psikiat­ri untuk rawatan lanjut kerana risau ketagihan tersebut akan menjadi lebih serius dan tidak dapat dikawal lagi,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN