fbpx

Telur cukup di Selangor tetapi harga lebih mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shariz menunjukkan sebahagian stok telur ayam yang masih ada di kedainya di Seksyen 13, Shah Alam semalam.

SHAH ALAM – Bekalan telur ayam pelbagai gred didapati tidak terjejas di negeri ini, namun rata-rata peniaga mendakwa harga diperoleh daripada pembekal meningkat RM1 sepapan.

Situasi ini menyebabkan peniaga runcit terpaksa meningkatkan harga jualan mereka.

Berdasarkan tinjauan telur bagi gred AA hingga C dijual antara RM13 hingga RM15.10.

Seorang peniaga mahu dikenali Shariz, 28, berkata, kenaikan harga itu berlaku sejak akhir tahun lalu dan tiada pilihan selain menaikkan harga jualan bagi memastikan kelestarian perniagaannya.

“Mengapa harga telur ayam dari ladang naik, kena tanya peladang dan pembekal sendiri.

“Sekarang kami peniaga tiada pilihan apabila harga diterima amat tinggi,” katanya ketika ditemui Kosmo!.

Menurutnya, dia menerima di antara 300 hingga 500 papan te­lur ayam pelbagai gred daripada pembekal setiap minggu.

“Justeru itu, saya tidak meletakkan had maksimum berapa banyak papan telur ayam yang hanya boleh dibeli seseorang pe­langgan.

“Malah sekiranya mereka beli sekurang-kurangnya lima papan telur dalam satu pembe­lian, saya memberi mereka diskaun,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI