fbpx

‘Pas bimbang hilang kerusi jika PRU-15 diadakan segera’ – Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahid ketika ditemui selepas merasmikan Wacana Aspirasi UMNO 2.0 di Menara Dato Onn, hari ini.

KUALA LUMPUR – Kegagalan Pas mempertahankan kuasa dan memenangi kerusi pada beberapa siri pilihan raya lalu membangkitkan kebimbangan jika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan segera.

Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mungkin bimbang sekiranya parti itu kehilangan lebih banyak kerusi andai PRU-15 diadakan dalam masa terdekat.

“Mungkin kalau pilihan raya diadakan segera, beliau khuatir partinya akan hilang kurang daripada 18 kerusi Parlimen sedia ada,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi bahawa parti itu menolak gesaan agar PRU-15 diadakan dalam tempoh terdekat bukan disebabkan bimbang tewas, sebaliknya bagi membolehkan kerajaan memberi tumpuan menyelesaikan pelbagai masalah dihadapi rakyat.

Bagaimanapun, spekulasi PRU-15 semakin hangat diperkatakan apabila ramai penganalisa politik mula membayangkan ia dijangka berlangsung pada bulan Oktober dan November nanti.

Jangkaan tersebut mengambil kira pelbagai faktor antaranya tarikh akhir penerbangan pulang jemaah haji, Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI