fbpx

Mewahnya perkhemahan ‘kayangan’ Betty Rahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Betty tentang khemah yang dibinanya ketika bercuti baru-baru ini mencuri tumpuan peminat.

NAMPAK gayanya, semakin ramai yang melibatkan diri dengan aktiviti perkhemahan pada hari ini.

Ada yang suka berkhemah secara santai dan terdapat juga taraf kayangan, sebagai contoh pelakon Betty Rahmad.

Memang ramai yang mencemburui cara perkhemahan Betty dan suami. Selain khemah yang sangat kukuh dan selesa, mereka turut membawa mangkuk tandas mudah alih untuk kegunaan sepanjang perkhemahan.

Memiliki kelengkapan untuk aktiviti perkhemahan membuatkan ramai kagum dan mula menjadikan mereka sebagai contoh.

“Seronoknya, ini perkhemahan level kayangan,” kata seorang pengguna Instagram.

“Saya kagum dengan cara awak berkhemah, gigih sungguh nak mengemas semua semula!” ujar seorang lagi netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI