fbpx
KENDERAAN jenis sedan ini mempunyai pesona yang tersendiri.

Kelainan varian RS Honda City beri kepuasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RS merupakan varian tertinggi Honda City dengan jurang harga dan prestasi yang agak jauh berbanding varian-varian lain model tersebut dan sememangnya itu selayaknya bagi jentera ini.

Ketika memulakan pemanduan dengan perlahan adakalanya terasa seperti memandu sebuah kenderaan elektrik kerana senyap. Enjin tersebut menawarkan kuasa sebanyak 109PS dan tork maksimum setinggi 253Nm tork. Cukup tinggi untuk kelas setarafnya.

Sistem enjin i-MMD hybrid dengan kotak gear Electric Continuous Variable Transmission (e-CVT) yang ada pada model ini memang memberikan kelainan. Ia sangat lancar.
——————————————————————————————————————————————————————————————

HONDA CITY generasi pertama yang diperkenalkan di Thailand pada tahun 1996 merupakan model sulung penjenamaan semula Honda City selepas lebih sedekad dikenali sebagai model kompak di Jepun dengan tanda nama sama.

Di Malaysia, model ini turut menjadi pilihan pembeli-pembeli sejak dilancarkan kerana menawarkan harga mampu milik di bawah harga model Civic.

Sambutan yang memberangsangkan membuatkan model dalam kelas segmen B ini terus berada di pasaran sehingga generasi kelimanya yang berentap dengan pesaing-pesaing rapat seperti Toyota Vios dan Nissan Almera.
Honda Malaysia telah memperkenalkan lima varian City generasi kelima seperti S, E, V, V-Sensing dan RS ketika dilancarkan tidak lama dahulu.


JENTERA ini merupakan varian tertinggi bagi Honda City yang didatangkan dalam warna merah mutiara dengan terdapat kemasan berwarna hitam pada beberapa bahagian tubuhnya.

Baru-baru ini penulis telah ditawarkan untuk memandu uji varian RS berwarna Passion Red Pearl (merah mutiara) selama beberapa hari.

Perkara pertama yang terdetik di hati penulis ialah jurang harga yang agak jauh dengan varian terdekat, V-Sensing. Apa yang saya tahu, varian ini menggunakan enjin yang berbeza dengan empat varian lain.

Bagi sebuah model segmen B dengan tanda harga lebih RM100,000 sudah seharusnya menawarkan ciri-ciri yang lebih canggih selain enjin, betul tak? Barulah berbaloi dengan harga.

Penulis dapat jawapan awal sebaik sahaja mula memandu model ini. Sistem enjin i-MMD hybrid dengan kotak gear Electric Continuous Variable Transmission (e-CVT) memang memberikan kelainan. Sangat lancar.

Ketika memulakan pemanduan dengan perlahan adakalanya terasa seperti memandu sebuah kenderaan elektrik kerana senyap. Enjin tersebut menawarkan kuasa sebanyak 109PS dan tork maksimum setinggi 253Nm tork. Cukup tinggi untuk kelas setarafnya.

KENDERAAN ini menggunakan sistem enjin i-MMD hibrid yang menjadikan enjin kedengaran senyap persis kenderaan elektrik.

Sistem i-MMD sebenarnya dapat memberikan penjimatan bahan api bagi kereta ini kerana pada kebanyakan masa menggunakan tayar hadapan yang dijana oleh motor elektrik. Canggihkan?!

Honda mendakwa penggunaan bahan api kereta ini hanya 3.6 liter untuk perjalanan sejauh 100 kilometer berbanding 5.4 liter untuk varian lain.

Model ini juga mampu memecut dari pegun hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 9.9 saat. Saya juga dimaklumkan kelajuan tertinggi di atas kertas ialah 173km/j.

Bahagian luaran RS pula hadir dengan bampar hadapan dan belakang serta rim bersaiz 16 inci dengan rekaan lebih sporty berbanding varian lain.

Apa yang menarik, varian RS ini turut hadir dengan Remote Engine Start yang membolehkan enjin kereta dihidupkan dari luar. Honda City ini juga dilengkapi kluster meter TFT berukuran tujuh inci.


TEMPAT duduk di dalam kereta ini kelihatan elegan dengan dibaluti material Ultrasuede.

Masuk ke ruang dalam, kereta ini hadir dengan tempat duduk yang dibaluti material Ultrasuede berserta benang berwarna merah.
Terdapat corong penghawa dingin untuk penumpang belakang. Butang kawalan penghawa dingin itu bagi penulis menampakkan kereta ini premium.

Selain itu, ia turut hadir dengan sistem infotainment lapan inci dengan connectivity AppleCarPlay dan Android Auto serta lapan pembesar suara.

Model ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan Honda Sensing termasuk Adaptive Cruise Control (ACC), Auto High Beam, Forward Collision Warning, Collision Mitigation Braking System, Lane Keeping Assist, Road Departure Mitigation dan Lane Departure Warning.

Satu lagi sistem menarik yang sebelum ini cuma ada pada model tertinggi Honda ialah Honda LaneWatch yang membolehkan pemandu melihat titik buta pada sebelah kiri kereta apabila isyarat membelok diaktifkan atau dengan menekan butang di tuil lampu isyarat.


RUANG penyimpanan barang di bahagian belakang kenderaan ini agak luas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN