fbpx

Cantiknya anak-anak Que Haidar, macam puteri Disney

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUE Haidar dan dua orang anaknya, Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra.

KECANTIKAN seorang ibu dan ketampanan bapa sememangnya akan diwarisi oleh anak-anak.

Begitulah yang diwarisi anak gadis pasangan selebriti popular, Que Haidar dengan Linda Jasmine iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar.

Walaupun masing-masing baru berusia 13 dan 10 tahun, namun kecantikan yang dimiliki mereka memukau pandangan ramai.

Rata-rata netizen terpesona sehingga tidak henti memuji kecantikan yang dimiliki Ratu dan Cleopatra.

“Sangat cantik anak pasangan ini, persis wajah puteri dalam filem-filem Disney!” puji seorang netizen.

“Wajah Ratu memang sama seperti Linda, manakala Cleopatra seperti Que Haidar versi perempuan,” komen seorang lagi netizen.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang berpendapat Ratu mahupun Cleopatra mempunyai potensi menjadi seorang bintang dalam industri seni tanah air.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI