fbpx

Minaz Hijab sasar jualan RM60 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hafiza (kanan) bersama salah seorang pengedar Minaz Hijab di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Minaz Hijab mengunjurkan jualan pada tahun ini bakal mencecah sehingga RM60 juta ekoran faktor perluasan pasaran, pengukuhan jenama dan keyakinan pelanggan yang semakin bertambah.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hafiza Abd. Hamid berkata, komitmen stokis dan para pengedarnya yang begitu menggalakkan sehingga berjaya mencatat jualan tertinggi setiap bulan juga adalah penyumbang kepada pertambahan nilai statistik berkenaan.

Ini dapat dilihat daripada jualan daripada anak syarikat baharu di bawah Minaz Group itu berjaya mencecah sehingga RM10 juta pada bulan Ramadan baru-baru ini.

“Selepas lapan bulan Minaz Hijab beroperasi, syarikat berjaya memiliki antara 4,000 hingga 5,000 pengedar di seluruh negara.

“Lebih menarik, ada juga usahawan lelaki yang berjaya membantu menaikkan jualan syarikat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis rumah terbuka dan meraikan stokis, pengedar serta dropship yang mencatat jualan tertinggi di sini baru-baru ini.

Hafiza menerangkan, Minaz Hijab telah beroperasi lebih daripada lapan bulan dan ia ternyata berjaya membantu ramai peniaga kecil meraih pendapatan lumayan setiap bulan daripada jualan tudung standard premium yang berkualiti tinggi serta dijual pada harga berpatutan.

“Kami sentiasa mendengar permintaan dan maklum balas daripada pelanggan bagi menawarkan produk yang mampu memenuhi cita rasa setiap segmen pasaran.

“Disebabkan faktor itu, tiada sebab bagi pelanggan untuk tidak memakai Minaz Hijab selepas ini,” jelasnya.

Selain itu, beliau memaklumkan, syarikat bercadang untuk membuka sebuah butik flagship di lokasi strategik di Lembah Klang tidak lama lagi.

Butik berkenaan bakal menawarkan pelbagai produk keluaran syarikat di bawah satu bumbung.

Syarikat sebelum ini pernah memiliki empat butik tetapi terpaksa ditutup semasa tempoh pandemik lalu.

“Tindakan menutup semua butik tersebut adalah satu keputusan yang sangat tepat dan kini apabila ekonomi kembali beroperasi sepenuhnya, kami telah mendapat banyak pertanyaan serta permintaan untuk membuka cawangan di Kelantan dan juga Pahang,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI