fbpx

Orang kampung gempar lihat anak lembu mata tiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak lembu ini telah mati kira-kira lebih dua jam selepas dilahirkan. – Istimewa

JAKARTA – Penduduk sebuah kampung di Sinjai, wilayah Sulawesi Selatan gempar apabila seekor anak lembu dilahirkan dengan mempunyai tiga mata, lapor laman berita Detik semalam.

Dua mata tersebut berada pada bahagian tepi dan satu di bahagian tengah kepala haiwan itu.

Ketua Jabatan Penternakan dan Kesihatan Haiwan Sinjai, Burhanuddin berkata, anak lembu yang dilahirkan di Kampung Palae itu pada awalnya dilaporkan hanya mempunyai satu mata sebelum disahkan sebenarnya memiliki tiga pancaindera tersebut.

“Keadaan ini sama seperti kembar siam bagi manusia. Lembu itu hanya seekor, namun mempunyai dua kepala.

“Namun, kepalanya bersambung dan terdapat satu mata pada bahagian tengah,” katanya. 

Beliau menjelaskan bahawa keadaan itu berlaku disebabkan oleh kecacatan pada genetik haiwan tersebut.

“Mungkin juga proses pembahagian sel berlaku secara tidak sempurna ketika ia hampir menjadi kembar,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Kampung Palae, Irham Asfar mengesahkan bahawa anak lembu itu milik seorang penduduk bernama Muhammad Tamrin.

Ia lahir sekitar pukul 10 pagi (waktu tempatan) dengan berat 35 kilogram, namun telah mati pada pukul 12.30 tengah hari (waktu tempatan). – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI