fbpx

Harry Kane bukan penyerang biasa-biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE berjaya menyempurnakan sepakan penalti ketika membantu England seri 1-1 dengan Jerman pada aksi Liga Negara-Negara Eropah di Alianz Arena awal pagi semalam. – AGENSI

MUNICH – Ketua jurulatih skuad England, Gareth Southgate me­ngakui penyerang utama, Harry Kane tidak mendapat pengiktirafan sewajarnya selepas berjaya membantu pasukan The Three Lions merekodkan keputusan seri 1-1 ketika menentang Jerman pada Liga Negara-Negara Eropah awal pagi semalam.

Pada aksi di Stadium Allianz Arena itu, England bangkit daripada ketinggalan dengan Kane selaku kapten pasukan meledak gol menerusi sepakan penalti pada penghujung perlawanan selepas Jerman terlebih dahulu mendahului menerusi gol jari­ngan Jonas Hoffman.

Kata Southgate, Kane yang kini meledak 50 gol di pentas antarabangsa telah meletakkan kedudukannya di tangga kedua di belakang legenda England, Wayne Rooney yang merupakan pemain serba boleh dan bukan sekadar penyerang semata-mata.

“Saya tidak terkejut apabila dia merekodkan 50 gol di pentas antarabangsa kerana apa yang lebih penting corak permainannya lebih daripada sekadar penye­rang kerana dia juga membuka ruang serta mencipta peluang buat rakan-rakam sepasukan.

“Anda boleh lihat bagaimana dia dan tiga lagi pemain, Raheem Sterling, Bukayo Saka dan Mason Mount begitu kreatif selain beri kesukaran buat pasukan tuan rumah sehingga saya percaya kami sepatutnya boleh merekodkan kemenangan,” katanya.

Sementara itu, Kane yang juga kapten Three Lions mengakui teruja apabila kembali menemui sentuhan jaringan di pentas antarabangsa dan berharap dapat kekalkan momentum itu bila bertemu Itali di Stadium Wembley awal pagi Ahad ini.

“Menjaringkan gol sudah menjadi sebahagian daripada diri saya dan tiada tugas yang lebih penting berbanding ketika me­nyarung jersi kebangsaan.

“Namun, pasukan perlu kekal bekerja keras kerana aksi antarabangsa yang diharungi ketika ini adalah persiapan sebelum ke pentas Piala Dunia nanti,” kata­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI