fbpx

Asmidar akui memang ada artis dianaktirikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASMIDAR

BARU-BARU ini Mizz Lahar ada terbaca ciapan penyanyi berbakat besar, Asmidar dalam akaun Twitternya mengenai isu artis dianaktirikan syarikat rakaman.

Ciapan tersebut tercetus selepas Asmidar berkongsi tentang kisah seorang rakan seperjuangannya yang sudah tawar hati untuk menyanyi kerana dilayan teruk oleh syarikat rakaman.

“Terjumpa seorang rakan artis yang sudah lama menyepi. Sedih mendengar luahan bahawa dia sudah tawar hati nak menyanyi kerana trauma dengan layanan syarikat rakaman yang dinaungi.

“Isu ‘dianaktirikan’ oleh syarikat rakaman memang wujud sejak dahulu.

“Disebabkan hal itu, ramai artis yang berbakat sudah menghilang,” luahnya.

Agak panas juga isu ini sebenarnya tetapi itulah realiti yang memang benar-benar berlaku dalam industri muzik, tidak kiralah tempatan mahupun antarabangsa.

Isu sebegini seharusnya tidak wujud lagi pada zaman sekarang. Nasihat Mizz Lahar, artis mahupun syarikat rakaman perlu saling bergantung.

Jangan sia-siakan bakat yang dimiliki ya. Asmidar pun sama, tabahlah ya!

MIZZ LAHAR: Alahai kasihan Elyana, masih ada yang sangka dia menipu tentang penyakit kansernya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI