fbpx

Rasa Rosz cadang buka kios makan nasi ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rozita (kiri) bersama Cef Ismail (tengah) menunjukkan Pes Ratu sempena pelancaran produk terbaharu keluaran syarikat di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Rasa Rosz Sdn. Bhd. (Rasa Rosz) bercadang untuk membuka kios makan nasi ekonomi di lokasi strategik yang menjadi tumpuan umum bagi membantu masyarakat menikmati menu makanan yang sedap, ringkas dan dijual pada harga berpatutan dalam persekitaran ekonomi yang sukar kini.

Pengasas dan Ketua Pengarah Eksekutifnya, Datuk Seri Rozita Ramelan berkata, projek pembukaan kios-kios tersebut bakal dilaksanakan pada suku ketiga tahun ini dengan peruntukan pelaburan sebanyak RM100 juta.

“Kami mengunjurkan projek ini akan melibatkan sehingga 100 kios secara berperingkat-peringkat dan buat permulaan ia akan tertumpu di kawasan Lembah Klang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran empat pes terbaharu keluaran syarikat yang dikenali sebagai pes Ratu Tumis di Restoran Rebung di sini baru-baru ini.

Rozita menunjukkan Pes Ratu yang boleh menghasilkan 400 jenis resipi lain.

Selain itu, mengulas mengenai produk makanan baharu tersebut, Rozita menerangkan, Pes Ratu terdiri daripada empat ka­tegori iaitu sambal, gulai, sup dan asam pedas yang mana ia bersesuaian dengan perubahan gaya hidup masyarakat semasa.

Menurut beliau, Pes Ratu ini boleh dianggap sebagai ‘ibu sambal’ yang memerlukan masa yang agak lama untuk memasaknya tetapi menjadi bahan asas utama untuk melengkapkan satu-satu menu yang menyelerakan.

“Daripada pes Ratu Tumis, ia boleh menghasilkan lebih daripada 400 jenis resipi sedap dalam masa yang singkat.

“Ia dihasilkan daripada bahan asas yang berkualiti tanpa bahan pengawet, pewarna tiruan atau bahan pemekat,” jelasnya.

Pes tersebut boleh didapati di 41 outlet AEON di seluruh negara dan juga di platform online.

Selain itu, Rozita membuka peluang perniagaan kepada mana-mana individu untuk menjadi pengedar produk Pes Ratu de­ngan modal yang rendah tetapi bakal mengaut untung lumayan.

“Kami akan bantu mereka berniaga sebagai ejen untuk memperoleh keuntungan yang baik setiap bulan,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI