fbpx

KFC Australia ganti kubis dalam menu akibat kekurangan salad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KFC menambah kubis dalam hidangan setelah tanaman salad musnah akibat banjir baru-baru ini. - EPA-EFE/Joel Carrett

CANBERRA – Rangkaian restoran makanan segera KFC Australia sekali lagi terpaksa membuat perubahan menu kerana mengalami masalah kekurangan bahan utama iaitu daun salad, lapor stesen penyiaran CNN semalam. 

Syarikat itu menyiarkan notis di laman web tempatannya pada minggu ini dengan memberitahu pelanggan bahawa mereka akan menambah sayur kubis dalam beberapa produk kerana tanaman salad di seluruh negara telah musnah akibat banjir baru-baru ini. 

“Kami menggunakan campuran salad dan kubis pada semua produk yang mengandungi salad sehingga pemberitahuan lanjut kelak,” katanya dengan merujuk kepada kekurangan bekalan berlaku akibat banjir di New South Wales dan Queensland.

Perubahan itu akan menjejaskan restoran KFC di negeri-negeri tersebut termasuk Victoria dan Tasmania yang dijangka menjejaskan menu seperti Burger Zinger dan Crunch Twister wrap.

“Pelanggan yang memilih untuk tidak menerima perubahan itu boleh menarik diri daripada pembelian,” kata rangkaian itu.

Pengeluar makanan di seluruh dunia sedang bergelut dengan pelbagai jenis pengurangan atau penangguhan bekalan dalam beberapa siri krisis termasuk kekurangan tenaga buruh akibat pandemik, cuaca buruk dan perang Russia di Ukraine.

Awal tahun ini, KFC juga bergelut untuk mendapatkan bahan terpenting iaitu ayam. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI