fbpx

Johnny Depp raih 7.4 juta pengikut TikTok dalam tempoh 16 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akaun TikTok milik Johnny Depp berjaya meraih 7.4 pengikut dalam tempoh 16 jam.

PETALING JAYA – Pelakon Hollywood, Johnny Depp masih menjadi bualan hangat pengguna media sosial sehingga kini selepas tular kisahnya memenangi kes saman fitnah terhadap bekas isteri, Amber Heard.

Susulan daripada itu, Depp dilihat telah membuka akaun TikTok miliknya dan sekali gus mendapat perhatian ramai pihak sehingga meraih 7.4 juta pengikut dalam tempoh 16 jam.

Depp turut berkongsi rakaman memaparkan lambaian kepada peminat, bermain gitar di atas pentas dan menaip menggunakan mesin taip sebagai video pertama yang dimuat naik ke laman sosial tersebut.

Sementara itu, dia sempat meninggalkan kata-kata berterima kasih kepada semua peminatnya yang sentiasa menyokong serta memberi semangat terutama sepanjang tempoh perbicaraan selama enam minggu dahulu.

“Kita telah pergi ke mana-mana bersama-sama, kita telah melihat segala-galanya bersama-sama.

“Kita telah berjalan di jalan yang sama bersama-sama. Kita melakukan perkara yang betul bersama-sama, semuanya kerana anda mengambil berat,” tulisnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI