fbpx

Agenda pembelaan veteran ATM tetap diteruskan -Hishammuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin Hussein bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Pra-Pelancaran LIMA 2023, di sini hari ini - SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Perhimpunan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diadakan di Tugu Negara baru-baru ini tidak akan meminggirkan mahupun menidakkan usaha Kementerian Pertahanan dalam memberi pembelaan kepada golongan tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, usaha kementerian untuk meneruskan agenda pembelaan terhadap golongan veteran ATM juga masih berterusan.

“Jumlah veteran di negara ini ialah sebanyak 300,000, jadi apa juga pertimbangan kita untuk membela mereka ini mesti mengambil kira jumlah yang begitu besar.

“Usaha kita untuk meneruskan agenda pembelaan kita terhadap veteran berterusan. Jadi, apa yang saya sudah umumkan semasa Majlis Ulang Tahun ke-100 Persatuan Veteran baru-baru ini iaitu dua perkara yang saya nyatakan sudahpun selesai untuk diteruskan,” katanya semasa sidang akhbar Majlis Pra-pelancaran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ’23) di sini hari ini.

Beliau berkata, apa yang diucapkan semasa majlis berkenaan juga akan tetap dipegang sebagai satu perkara yang tidak akan dikompromi.

“Yang penting ialah kita perlu mencari penyelesaian dan kadangkala ia tidak hanya berkisar kepada kemampuan kementerian, kalau sekiranya ianya ada berkait rapat dengan kemampuan kewangan negara.

“Saya berharap bahawa semua pihak memahami bahawa ianya tidak berkisar kepada apa yang boleh kita lakukan di pihak Kementerian Pertahanan sahaja, ianya melibatkan kedudukan negara serta Jabatan Perkidmatan Negara,” ujarnya.

Terdahulu, kira-kira 1,000 veteran ATM berhimpun di Tugu Negara, di sini untuk menuntut beberapa perkara termasuk penyelarasan pencen dan menjaga kebajikan mereka oleh Kementerian Pertahanan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI