fbpx

10 maut kereta api tergelincir di Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta api yang terlibat dalam nahas tersebut, berhampiran dengan bandar Tabas. - AFP

TEHRAN – Sekurang-kurangnya 10 terbunuh selepas sebuah kereta api penumpang tergelincir berhampiran bandar Tabas di laluan antara Mashhad dan Yazd, di Iran, lapor media kerajaan. 

“Sepuluh orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam kejadian itu.

“Seramai 12 orang daripada mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal dan telah dibawa ke hospital,” kata jurucakap perkhidmatan penyelamat Iran, Mojtaba Khaledi seperti dilaporkan oleh media tempatan.

Timbalan ketua syarikat perkhidmatan kereta api milik kerajaan Iran, Mir Hassan Moussvi berkata, ketika kejadian, kereta api itu sedang membawa 348 penumpang.

Ia tergelincir selepas melanggar sebuah jengkaut yang berada berhampiran landasan, tambahnya.

Lima daripada 11 koc kereta api itu tergelincir dari landasan dalam kemalangan pada pukul 5.30 pagi (waktu tempatan), kata perkhidmatan kecemasan.

Bulan lalu, sebuah blok menara runtuh di barat daya Iran sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI