fbpx

Sumbangan misteri Giselle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GISELLE

TIDAK hanya cantik, berbakat besar dan bersih kontroversi, penyanyi Giselle menerima segunung pujian daripada peminat dek sikap pemurahnya.

Penyanyi kumpulan Aespa itu menuai perhatian apabila dilaporkan membuat sumbangan besar bagi membantu sebuah organisasi yang melindungi haiwan terbiar.

Pada awalnya, organisasi tersebut dikenali sebagai Yuhengsa menerima sumbangan besar bernilai 10 juta won (RM35,000) daripada penyumbang yang tidak dikenali.

Selepas membuat siasatan, mereka mendapati penyumbang misteri tersebut merupakan Giselle sebelum kemudian berkongsi sebuah hantaran dalam Instagram bagi mengucapkan terima kasih kepada penyanyi itu.

Susulan perkara tersebut menjadi bualan, peminat tidak henti-henti memuji sikap pemurah dan baik hati Giselle kerana tidak lokek membantu haiwan-haiwan comel di organisasi tersebut.

Malah, mereka turut memuji tindakan penyanyi itu yang menyalurkan sumbangan tanpa mendedahkan identiti.

“Saya sayangkan awak Giselle. Saya tak sangka ramai yang bercakap bukan-bukan pasal awak. Tapi tengoklah, betapa manisnya dia,” komen seorang peminatnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI