fbpx

Luluskan semua ahli BAIRA untuk bekerja di Malaysia – PAPSMA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin digesa meluluskan kemasukan semua tenaga kerja yang bernaung sebagai ahli Pertubuhan Ejen Rekrutmen Antarabangsa Bangladesh (BAIRA).

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA), Datuk Megat Fairouz Junaidi Megat Junid berkata, kerajaan tidak boleh memilih segelintir sahaja tenaga kerja melibatkan sebilangan agensi pekerjaan dari negara berkenaan sebagaimana diuar-uarkan baru-baru ini.

Ini kerana, jelasnya, langkah itu akan melewatkan lagi kemasukan tenaga kerja dari negara tersebut dan merugikan pemain industri di negara ini.

“PAPSMA tidak lagi berkeinginan untuk kembali ke era 2015 hingga 2017, yang mana 10 agensi pekerjaan Bangladesh yang dipilih telah menyebabkan banyak masalah.

“Ia menyebabkan kerajaan Malaysia terpaksa membatalkan kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini pada 2017,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Megat Fairouz berkata, mereka tidak faham mengapa hanya Bangladesh yang memerlukan agensi-agensi khas bagi tujuan kemasukan pekerja berbanding negara lain.

Beliau turut menyelar ejen-ejen haram di negara ini yang mencari peluang untuk menipu majikan dan pekerja bagi mengaut keuntungan.

“PAPSMA menyeru kepada kerajaan untuk menyegerakan proses kemasukan (pekerja asing) bagi memenuhi hasrat dan kehendak industri serta agensi-agensi peladangan khususnya.

“Industri tersebut kini tenat tanpa pekerja asing sehingga sudah memudaratkan ekonomi negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI