fbpx

Charlie Puth ‘tewas’ digoda wanita misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHARLIE PUTH

PENYANYI tampan Charlie Puth mendedahkan dirinya sudah hilang keterunaannya seawal usia 21 tahun.

Ketika dalam satu temu bual, Puth mengejutkan ramai apabila tanpa berselindung mengakui sudah pun melakukan hubungan seks sejak usia muda bersama seorang peminat wanita.

“Seorang peminat mendekati saya dan meminta tanda tangan di bahagian dadanya.

“Awalnya saya sangat terkejut, namun kerana tergoda, kami akhirnya ‘tewas’ untuk malam,” ujar Puth.

Penyanyi berusia 30 tahun itu bagaimanapun berasa sedih atas kejadian malam tersebut, dia dan peminat wanita itu tidak lagi bertemu.

“Wanita misteri itu terus menghilangkan diri selepas kami bersama. Saya sedih apabila mengenangkannya. Apa yang saya ingat, wanita itu mempunyai rupa paras yang cantik,” katanya.

Pengakuan Puth membuatkan peminatnya juga tertanya-tanya dan tertarik untuk menjejaki wanita misteri tersebut kerana berjaya menggoda pelantun lagu These Are My Sexy Shades itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI