fbpx

Wanita diserang babi hutan semasa berjemur di tepi pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEBERADAAN babi hutan itu ketika ini masih tidak diketahui. – Facebook

MADRID – Seorang wanita telah digigit oleh seekor babi hutan liar yang mengamuk ketika sedang berjemur di pantai di Costa del Sol, Sepanyol, lapor akhbar Metro UK semalam.

Haiwan yang tampak keliru itu dirakam berlari keluar dari pesisir pantai dan menyerbu ke arah wanita berusia 67 tahun itu sebelum penyelamat segera membunyikan penggera.

Perkhidmatan kecemasan telah dipanggil ke pantai El Albir kira-kira pukul 11 pagi (waktu tempatan) manakala penyelamat menghalau haiwan itu daripada mendekati pengunjung.

Wanita itu kemudian mendapatkan rawatan di pusat kesihatan tempatan setelah mengalami kecederaan kecil pada kakinya. Dia diberi antibiotik untuk mencegah jangkitan.

Babi hutan itu telah dikesan oleh kru bot yang memaklumkan kepada pengawal pantai kerana gagal menangkapnya.

Ia dipercayai datang dari Taman Semula Jadi Serra Gelada yang terletak di bandar Benidorm, Alfaz del Pi and Altea.

Keberadaan haiwan itu ketika ini masih tidak diketahui. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI