fbpx

NSL: Johor Jewels dalam kelas tersendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AN NAJWA (dua dari kanan) terus menjadi watak utama memastikan kemenangan Johor Jewels ke atas Pahang Tulips di Stadium Juara hari ini. - AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – Naib juara musim lalu, Johor Jewels ternyata terlalu unggul untuk disaingi Pahang Tulips apabila menang bergaya 75-34 pada aksi Sooka Netball Super League (NSL) 2022 di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini.

Kejayaan itu terus meletakkan Johor Jewels sebagai pencabar utama kepada juara bertahan, Kuala Lumpur (KL) Wildcats untuk bersaing merebut kejuaraan musim ini.

Kedua-dua pasukan berjaya mencatat kemenangan bersih daripada dua perlawanan mereka setakat ini sekali gus menjadikan perebutan semakin sengit antara dua seteru utama itu.

Sebelum bermula perlawanan, Pahang Tulips dilihat seakan-akan mampu untuk mencipta kejutan ke atas Johor Jewels dengan kehadiran penyerang utama skuad kebangsaan, Norashikin Kamal Zaman.

NORASHIKIN (kanan) sentiasa dikawal ketat oleh Gayani (kiri) setiap kali mahu menghasilkan jaringan buat Pahang Tulips dalam aksi NSL di Stadium Juara hari ini. – AFIQ RAZALI

Situasi sebaliknya berlaku apabila Johor Jewels mengganas sebaik perlawanan bermula menerusi ketajaman penyudah An Najwa Azizan.

Kehadiran import dari Sri Lanka, Gayani Samanthika Dissanayake juga menjadi faktor utama kejayaan skuad bimbingan Fazira Mesnan itu apabila dia berjaya menyukarkan Norashikin melakukan jaringan buat Pahang Tulips.

Bukan itu sahaja, Pahang Tulips turut berdepan kesukaran dari bahagian tengah untuk menghantar bola ke Norashikin dan Siti Maisarah Afandi kerana sering kali berjaya dipatahkan oleh pemain-pemain Johor Jewels.

Kini, Johor Jewels berpeluang untuk mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pendahulu liga sepusingan NSL jika berjaya menewaskan Perak Phoenix dalam aksi ketiga esok.

Dalam masa sama, Johor Jewels juga perlu mengharapkan KL Wildcats tewas kepada pasukan tempat ketiga musim lalu, Selangor Angels dalam satu lagi aksi yang berlangsung esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI