fbpx

B.O.S ‘kuasai’ gelanggang NSL 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEHADIRAN B.O.S sememangnya menaikkan semangat Johor Jewels ketika mencatat kemenangan 75-34 ke atas Pahang Tulips pada aksi NSL di Stadium Juara hari ini. - AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – Suasana aksi terakhir saingan hari kedua Sooka Netball Super League (NSL) 2022 di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini bertukar meriah dengan kehadiran ultras dari Johor, Boys Of Straits (B.O.S).

Kehadiran B.O.S tidak lain tidak bukan bagi memberikan sokongan padu kepada finalis musim lalu, Johor Jewels yang kini disebut-sebut sebagai pilihan utama untuk menjuarai edisi kedua kali ini.

“Sebab bola sepak tengah free (rehat) sekarang, jadi kami datang dari Johor untuk memberikan sokongan kepada pasukan bola jaring (Johor Jewels),” kata salah seorang ahli kumpulan B.O.S.

Ternyata, sokongan padu daripada kumpulan penyokong itu memberikan motivasi tambahan kepada barisan pemain Johor Jewels yang berjaya menampilkan kelas tersendiri menerusi kemenangan 75-34 ke atas Pahang Tulips.

Apa tidaknya, alunan gendang dan nyanyian lagu daripada B.O.S sepanjang 60 minit perlawanan itu secara tidak langsung membakar semangat anak-anak buah Fazira Mesnan dalam aksi tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI