fbpx

Tempat ketiga milik Selangor Angels

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Pahang Tulips, Aimie Shyzleen Che Suhaimi (tengah) cuba merampas bola dari pemain Selangor Angels, Siti Aminah Ahmad pada aksi tempat ketiga dan keempat NSL 2022 di Stadium Juara hari ini. - FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Selangor Angels mempamerkan kebangkitan lewat permainan untuk memastikan tempat ketiga Sooka Netball Super League (NSL) 2022 kekal menjadi milik mereka.

Kejayaan itu hadir selepas Selangor Angels menewaskan Pahang Tulips 69-65 pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini.

Kapten Selangor Angels, Yati Akhtar Mahtar menyifatkan kejayaan mereka adalah disebabkan kekuatan mental dan emosi rakan-rakan sepasukannya selepas ‘dikerah’ bersaing sengit dengan Pahang Tulips.

“Alhamdulillah kami berjaya kekalkan pencapaian tahun lepas. Apa yang saya boleh katakan adalah perbincangan sepasukan kerana secara fizikal kami telah lakukan segala-galanya.

“Inilah masanya tahap psikologi, emosi kami perlu kuat. Semangat berpasukan kami kuat, satu hati, satu jiwa untuk memenangi perlawanan ini,” katanya.

PEMAIN Selangor Angels, Nur Shamilia Md. Samsudin (kanan) bersaing dengan pemain Pahang Tulips, Siti Nur Fara Shafira Salsabri pada aksi tempat ketiga dan keempat NSL 2022 di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini. – FARIZ RUSADIO

Dalam masa sama, Yati Akhtar turut memuji para pemain Pahang Tulips kerana memberikan tentangan sengit sehingga mengheret aksi ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 53-53 dalam suku masa keempat.

“Pahang menunjukkan peningkatan drastik berbanding ketika kami bertemu dalam aksi round robin sebelum ini. Pahang bermain dengan cukup hebat dan pujian harus diberikan kepada mereka,” jelasnya.

Meskipun gagal meraih tempat ketiga, namun goal shooter Pahang Tulips, Siti Maisarah Affandi tetap berpuas hati dengan pencapaian sebagai empat pasukan terbaik musim ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI