fbpx

Perebutan sengit 4 pasukan terbaik Sooka NSL 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUAH PEI SAN Pengulas Sooka NSL 2022

Oleh PUAH PEI SAN

Selamat sejahtera kepada pembaca Kosmo! dan pe­minat bola jaring Sooka NSL 2022! Saya begitu teruja mengikuti perkembangan sepanjang NSL 2022.

Berakhirnya minggu ketiga NSL bermakna tamat peringkat liga dan empat pasukan terbaik sudah pun mendapat tempat ke pusingan separuh akhir.

Pasukan menepati ramalan awal saya adalah Johor Jewels (1), KL Wildcats (2) dan Sela­ngor Angels(3) yang membuktikan mereka berada dalam kelas tersendiri dan memberikan saingan sengit pada musim ke-2 ini.

Namun kejutan yang dipamerkan Pahang Tulips (4) pada musim ini memberikan tamparan hebat kepada Perak Phoenix yang mengakhiri sai­ngan liga pada kedudukan ke-5.

Pahang Tulips merupakan antara pasukan yang mencuri tumpuan kerana mereka dibarisi pemain muda yang berpontensi dan versatil dengan gandingan Siti Maisarah dan Nuiridina Sumaya di bahagian serangan.

Kejutan demi kejutan berlaku pada edisi NSL ini telah membawa kelainan musim ini.

Lebih menarik, Johor ­Jewels selaku naib johan musim 2021 kembali dengan persediaan rapi dengan kehadiran An ­Najwa, Syafazliyana, Gayani dan Sirima.

Saya berasakan, mereka bersedia untuk merampas kejua­raan Sooka NSL 2022 de­ngan menundukkan KL Wildcats pada perlawanan Sabtu lalu cukup menarik.

Saya cukup tertarik dengan aksi antara KL Wildcats dan Johor Jewels yang mengaplikasikan corak strategi berkesan dalam pertemuan minggu lalu.

Serangan begitu definite dan pertahanan sering melakukan counter attack, sekali gus me­nyaksikan kualiti corak permainan pada edisi ini.

Pasukan yang ditinggalkan An Najwa iaitu Selangor ­Angels juga tidak kurang hebat dengan menundukkan Pahang Tulips untuk berada di kedudukan ketiga.

Dengan kombinasi pemain junior dan senior, Selangor ­Angles berjaya menempatkan diri di kedudukan empat pasukan terbaik musim ini.

Gandingan Siti Aminah dan Karishma Loganathan memberi impak besar dengan corak ­permainan yang berbeza berbanding musim lepas.

Walaupun hanya empat pa­sukan teratas layak mara ke pentas akhir Sooka NSL 2022, saya mengucapkan tahniah kepada semua pasukan yang memberikan persembahan yang mantap sepanjang musim ini.

Bagaimanapun, ucapan selamat maju jaya diberikan kepada dua pasukan tercorot iaitu ­Melaka Mystic yang a­khirnya meraih kemenangan perlawanan pertama pada dua edisi NSL dan Kedah Sunshine pada Sooka NSL 2022. Semoga dapat come back stronger pada tahun 2024.

Jumpa lagi pada saingan akhir Sooka NSL minggu depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI