fbpx
SITI MAISARAH menjadi sandaran pasukan Pahang Tulips menjelang aksi separuh akhir menentang Johor Jewels pada aksi Sook NSL 2022 di Stadium Juara Bukit Kiara malam ini.

Tidak mustahil Pahang kalahkan Johor Jewels – Siti Maisarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAHANG Tulips mengidamkan kejutan untuk mengecewakan pilihan utama, Johor Jewels apabila berentap pada aksi separuh akhir Sooka Netball Super League (NSL) 2022 di Stadium Juara Bukit Kiara, Kuala Lumpur malam ini.

Sandaran utama Pahang Tulips digalas goal attack kebangsaan, Siti Maisarah Affandi yang muncul penjaring terbanyak selama dua minggu dengan jumlah 229 gol sebelum dipintas bintang Johor Jewels, An Najwa Azizan.

Pemain berusia 20 tahun dari Jerantut itu percaya mereka mampu memberikan tentangan sengit kepada Johor Jewels biarpun atas kertas ke­lebihan lebih memihak kepada pasukan naib juara musim lalu tersebut.

“Semua pasukan mesti nak menang dan kami akan cuba sedaya upaya. Kami dah lakukan persiapan dan akan buat lebih baik daripada perlawanan sebelum ini.

“Johor ada kelebihan tetapi kami akan cabar mereka. Nak menang mungkin sukar tetapi kami tidak akan berikan laluan mudah kerana tak mustahil kami boleh kalahkan Johor.

“Kalau ada rezeki kami boleh menang tetapi kami juga perlu usaha ke arah itu,” kata Maisarah yang sudah menghasilkan 311 jaringan, ketinggalan tujuh gol di belakang An Najwa.

Sementara itu, Maisarah mengakui, mereka turun ber­aksi tanpa tekanan kerana mencapai sasaran musim ini mara ke kelompok empat teratas selepas tewas semua aksi peringkat kumpulan tahun lepas.

“Alang-alang sudah ke separuh akhir, kami akan cuba, mana tahu rezeki boleh ke ­final atau menang tempat ­ketiga. Apa-apa pun kami sangat ­bersyukur kalau dibandingkan dengan edisi NSL 2021,” ­jelasnya.

POPULAR