fbpx

Lelaki ‘perkosa’ anjing dan sebar video ke laman Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERBICARAAN di Mahkamah Diraja Stroke-on-Trent mendapati Dean Beer bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara selama sembilan bulan. – Mail Online

LONDON – Seorang lelaki di Britain dijatuhi hukuman penjara kerana melakukan hubungan seks dengan anjingnya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Dean Beer, 56, merakam dirinya mendera haiwan peliharaannya secara seksual sebelum menghantarnya kepada pengguna lain melalui Facebook Messenger.

Rakaman itu terbongkar apabila polis mengunjungi rumahnya selepas menerima maklumat daripada Agensi Jenayah Kebangsaan mengenai tindakan memuat naik imej tidak senonoh. 

Menerusi perbicaraan di Mahkamah Diraja Stroke-on-Trent, Beer didapati turut memiliki dua gambar yang memaparkan dua orang gadis berusia 13 dan 15 tahun dalam keadaan berbogel.

Dia turut memiliki gambar beberapa wanita melakukan aktiviti seksual bersama anjing dan seekor kuda.

Defendan turut didapati melakukan pencarian perkataan ‘pornografi anjing’ sebanyak enam kali di Internet.

Beer dari Wales kemudian mengaku bersalah memiliki imej kanak-kanak tidak senonoh, imej lucah yang melampau, persetubuhan dengan haiwan dan menerbitkan artikel lucah.

Tertuduh kemudian dikenakan hukuman dipenjara selama sembilan bulan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI