fbpx

Beca bergerak tanpa pemandu, netizen syak guna teknologi Tesla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario sebuah beca bergerak di jalan raya tanpa pemandu. - Facebook

NEW DELHI – Sebuah klip video tular di media sosial India kerana memaparkan sebuah beca yang bergerak dengan sendiri tanpa pemandu, lapor laman berita India Today semalam.

Video berkenaan dikongsikan oleh sebuah akaun di Facebook @LimonSarker. 

Rakaman menunjukkan sebuah jalan yang sesak semasa kejadian ribut melanda di India. 

Sebuah beca kemudian kelihatan bergerak di atas jalan dengan sendirinya tanpa pemandu atau manusia yang berada di atasnya.

Kenderaan itu dilihat bergerak ke tengah jalan sebelum berpatah balik ke sisi jalan tanpa mengganggu pengguna yang lain.

“Beca Tesla dengan sistem arahan dan parkir automatik!” demikian kapsyen pada video berkenaan.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen dengan memberikan komen dan pendapat yang berbeza. 

Ada yang mengatakan bahawa ia sesuatu yang bakal dikagumi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk manakala ada yang berpendapat bahawa kenderaan itu berhantu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI