fbpx

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORMAN ABDUL HALIM

PETALING JAYA – “Tidak, memang takkan.”

Demikian respons tegas Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment, Datuk Norman Abdul Halim menjawab persoalan sama ada beliau mempunyai keinginan untuk bergiat aktif dalam bidang politik.

Norman atau nama sebenarnya, Norman Abdul Halim, 51, berkata, selama ini dia sememangnya langsung tidak berminat untuk menyertai politik apatah lagi bertanding bagi merebut sebarang jawatan seperti ketua bahagian dan sebagainya.

“Memang tak minat sertai politik dan saya lebih suka buat sumbangan dari luar. Sebab saya lihat, parti-parti politik ini ada DNA masing-masing.

“Saya ada ramai kawan daripada pelbagai parti politik. Bukan sebab artis tak diterima sebagai pemimpin, tapi isunya sepak terajang politik dan industri hiburan berbeza.

“Saya dah bercampur dengan ramai orang politik dan bidang ini memang tak senang. Jadi bagi saya, bila buat satu kenyataan politik, kadang-kadang saya menimbulkan rasa kemarahan satu kelompok menyokong yang lain.

“Saya tidak mahu ke situ. Waima saya ada pandangan saya sendiri terhadap pelbagai perkara. Dan perkara itu, lebih baik saya simpan buat diri saya sendiri,” katanya kepada Kosmo! Online.

Norman ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu artis naungan KRU Records, Dian Hashim berjudul Petanda semalam.

Diasak pertanyaan sama ada anak seni Malaysia layak diangkat sebagai pemimpin dalam bidang politik, jawab Norman: “Kalau setakut bergantung pada glamor dan nama sahaja, tak cukup. Bukan apa, sebab saya tengok artis-artis Malaysia, kalau cuba masuk politik, hanya nak bangunkan industri kreatif dan benda-benda macam itu.

“Misalnya, nelayan mereka tak kisah tentang industri kreatif. Disebabkan itu, kena lihat skop yang lebih meluas. Tapi saya hargai artis tempatan yang nak masuk politik dan sifatkan itu sebagai satu pengorbanan.

“Kalau mereka jujur dengan prinsip dan masuk politik demi mahu membangunkan negara, tiada kepentingan peribadi dan memang nak berjuang, mereka akan berjaya.

“Kalau berjaya dalam bidang politik, habuannya pun baik juga. Boleh jadi ahli parlimen, jadi menteri, campur elaun-elaun dan sebagainya, boleh hidup senang.

“Tak perlu nak buat benda-benda yang korup. Jadi, saya rasa kalau tujuan mereka jelas, saya doakan yang terbaik buat rakan-rakan artis yang terjun dalam bidang politik,” ujarnya.

Media baru-baru ini melaporkan pelakon, penerbit dan pengarah filem, Datuk Afdlin Shauki tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Cabang PKR Setiawangsa.

Selain Afdlin, Datuk Hans Isaac dan Altimet turut tewas dalam pemilihan Ketua Cabang PKR Ampang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI