fbpx

Pilihan jam pintar ciri mewah di pasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MODFEL T-Rex Pro jam tangan pintar keluaran Amazfit ini khas bagi mereka yang menjalani gaya hidup sihat dan aktif.

MUTAKHIR ini, pelbagai jenama jam pintar memenuhi pasaran tempatan dari pelbagai gred yang murah sehingga ke jenama mewah.

Apa yang pasti, jam pintar pelbagai guna menawarkan ciri-ciri tertentu kepada para pembeli yang sudah pasti berhasrat untuk menerokanya pada setiap model yang dibeli.

Tidak ketinggalan model jam pintar yang menjadi pilihan kepada penggemarnya ialah jenama Amazfit yang dimiliki oleh Zepp Health Corporation (Zepp Health).

Di bawah jenama Amazfit ini, pengguna boleh memilih pelbagai jenis model dari peringkat permulaan sehingga ke peringkat tertinggi.

Amazfit adalah satu daripada jenama yang disukai golongan muda di seluruh dunia yang menjalani gaya hidup aktif dan positif dengan mengikut fesyen dan teknologi terbaharu.

Antara yang terkenal dengan jenama ini ialah model Amazfit T-Rex Pro, 1.3 inci dengan skrin AMOLED berdefinisi tinggi (HD) dengan binaan dalaman empat sistem navigasi satelit global (Quad GNSS) yang menyokong kedudukan darjah tepat.

Model T-Rex Pro ini lulus 15 pensijilan ketenteraan, yang mana jam pintar ini boleh mengharungi tahap suhu gurun yang panas, kelembapan hutan hujan dan ketahanan sejuk glasier.

Ujian ketahanan tersebut membuktikan lagi kelasakan jam pintar ini.

Selain itu, ia turut menampilkan 100 mod sukan yang boleh mengesan dan memantau aktiviti kecergasan dengan menganalisis kadar denyutan jantung semasa bersenam, jarak perjalanan, kelajuan pergerakan dan kadar pembakaran kalori dalam masa sebenar.

T-Rex Pro ini turut menampilkan ciri-ciri seperti enjin kecerdasan buatan (AI) dalam peralatan pintar ini.

Ia termasuk memantau degupan jantung, mod senaman, tahap kepekatan oksigen, status tidur dan pernafasan ketika tidur yang memberikan gambaran lebih jelas tentang bagaimana keadaan badan ketika aktif atau berehat.

Model T-Rex Pro direka untuk mereka yang menjalani gaya hidup luar yang aktif, memandangkan ia menyokong empat Quad GNSS, kalis air, sistem pengukuran kepekatan oksigen dalam darah, penjejak cuaca, pemantau matahari naik dan turun, paparan fasa bulan semasa, kompas dan altimeter barometrik, selain baterinya tahan lama sehingga 18 hari dengan penggunaan biasa.

Amazfit T-Rex Pro dikuasakan oleh sistem pengoperasian Zepp OS yang menghubungkan peralatan pintar, data besar dan juga perkhidmatan pengurusan sukan dan kesihatan.

Ini dapat memberikan pengalaman berguna kepada pengguna dalam menjalani gaya hidup aktif seharian.

Peralatan pintarnya dibuat khusus untuk kegunaan semasa sama ada untuk kesihatan atau bersukan.

Kegunaan tersebut termasuklah alat pendengaran sukan di telinga stereo tanpa wayar, mesin sawat injak pintar, skala komposisi badan pintar dan peralatan sukan.

Di samping itu, ciri lain yang terdapat pada peranti pinta ini adalah Bip U Pro.

Ia direka khusus untuk mereka yang mahukan gaya hidup lebih sihat dan aktif untuk kekal cergas ataupun menjaga badan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI