fbpx

Pesakit cacar monyet dilarang lakukan seks lapan minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CACAR monyet tersebar melalui sentuhan fizikal terutamanya melalui luka dan kudis. - Getty Images/EyeEm

LONDON – Ketua-ketua kesihatan di Britain memberi amaran kepada pesakit cacar monyet supaya berhenti me­lakukan hubungan seks kerana dibimbangi boleh membantu penyebaran virus, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Menerusi panduan baharu yang dikeluarkan, agensi-agensi kesihatan awam di Britain menetapkan langkah baharu itu untuk menangani penularan penyakit cacar monyet.

Antaranya termasuk me­minta pesakit berhenti melakukan hubungan seks sementara masih dijangkiti virus tersebut.

Pihak berkuasa kesihatan Britain meminta orang ramai untuk berhenti melakukan hubungan seks sehingga lapan minggu termasuk menasihati pesakit supaya memakai kondom sepanjang tempoh tersebut sekiranya terlibat dalam sebarang aktiviti seksual.

Panduan baharu itu dipersetujui oleh empat agensi kesihatan awam Briatin termasuk Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA), Kesihatan Awam Scotland (PHS), Kesihatan Awam Wales (PHW) dan Agensi Kesihatan Awam Ireland Utara (PHA).

“Pesakit perlu menahan diri daripada berhubungan intim semasa tempoh permulaan gejala dan tidak menyentuh sebarang jenis luka.

“Walaupun ketika ini tiada bukti virus cacar monyet ada dalam cecair alat kelamin, sebagai langkah berjaga-jaga, pesakit dinasihatkan untuk tidak melakukan hubungan seks atau menggunakan kondom selama lapan minggu selepas jangkitan.

“Panduan ini akan dikemas kini apabila terdapat bukti baharu,” kata agensi-agensi ber­kenaan.

Sebelum ini, mereka mene­gaskan bahawa cacar monyet tersebar melalui sentuhan fizikal terutamanya melalui luka dan kudis.

Dalam pada itu, pesakit turut dinasihatkan untuk me­ngasingkan diri di rumah sehingga mereka didapati cukup sihat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI